Bakul 0

Biodata Penulis

Biodata Penulis

Ahmad Termizi dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1976. Penulis mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di bandar kelahirannya Pasir Mas. 

Pada tahun 1994, penulis melanjutkan pengajiannya di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Kulliyyah Undang-undang. 

Kemudian, penulis meneruskan pengajiannya di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim di kampus pusat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian. 

Seterusnya, penulis menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-undang di universiti yang sama secara sambilan sehingga tamat pengajian pada tahun 2005. 

Sebelum ini penulis berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Stamford, dan sekarang ini mempunyai firma guamannya sendiri, Termizi & Co. di Kuala Lumpur. Penulis juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

Pada tahun 2010, penulis menyambung pengajian bagi Diploma Undang-undang Syariah di Pusat Undang-undang Harun Hashim, UIAM. 

Selain beramal sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, penulis juga beramal sebagai Peguam Syarie dan banyak memberi konsultasi dan menyelesaikan banyak isu undang-undang berkaitan harta pusaka, dan faraid kepada anak guamnya dari pelbagai latar belakang.