Bakul 0

Kenapa pembayaran kepada Pustaka Mizi dibuat kepada / atas nama Termizi & Co. atau Ahmad Termizi Bin Abdullah, atau terus kepada syarikat pembekal?

Pustaka Mizi adalah sebuah kedai alam maya yang dibina oleh Ahmad Termizi Bin Abdullah iaitu pemilik Termizi & Co. Pembayaran sama ada kepada Termizi & Co. atau individu Ahmad Termizi Bin Abdullah adalah kedua-duanya merujuk kepada Pustaka Mizi. 

Sementara bayaran terus kepada pembekal adalah bagi memudahkan pembekal kami menghantar produk kepada pelanggan.

Bayaran secara interbank kepada Ahmad Termizi Bin Abdullah adalah untuk memudahkan pemilik menyemak pembayaran yang dibuat.

Manakala pembayaran melalui pautan 'senangPay' ke akaun Termizi & Co. adalah kerana 'senangPay' memerlukan satu akaun perniagaan sedangkan Pustaka Mizi belum mendaftar sebagai satu entiti perniagaan yg berasingan.

Dalam bahasa yang mudah, Pustaka Mizi adalah nama kedai, bukan nama syarikat.