Cart 0

Hibah Hartanah Bercagar (cetakan atas permintaan)

RM 11.00


Persoalan tentang hibah hartanah bercagar semakin hari semakin mendapat perhatian. Orang ramai masih keliru tentang perkara ini. 

Ada yang mengatakannya sebagai sah dan berkuatkuasa, manakala ada juga yang mengatakannya sebagai tidak sah dan tidak berkuatkuasa. 

Bagi memahami perkara ini, buku ini terlebih dahulu membincangkan tentang konsep pemilikan harta dalam Islam. 

Seterusnya pembaca dibawa kepada definisi dan kategori-kategori hibah yang dipraktiskan di negara kita. 

Pebezaan pandangan ulama’ juga disentuh supaya pembaca dapat meraikan kepelbagaian pola pemikiran yang terhasil berkenaan isu ini. 

Buku ini juga menerangkan tentang kedudukan hibah dalam perundangan negara dan menampilkan beberapa contoh pandangan (ijtihad) hakim syarie dalam memutuskan kes berkaitan hibah hartanah bercagar. 

Buku ini sememangnya sesuai untuk tatapan pembaca setiap lapisan masyarakat sama ada orang awam, pengamal undang-undang, dan juga para ahli akademik.

Customer comments

Author/Date Rating Comment