Bakul 0
IMG_4500.JPG

Panduan Wakaf, Hibah dan Wasiat

RM 30.00

Tidak banyak buku yang beredar di kalangan umat Islam yang membicarakan masalah wakaf, hibah, dan wasiat. Padahal perkara itu penting untuk diketahui oleh umat Islam dengan baik, lebih-lebih lagi pada akhir-akhir ini, ketika kesedaran umat Islam mulai meningkat untuk mewakafkan, menghibahkan, serta mewasiatkan sebahagian harta mereka pada jalan Allah, sebagaimana yang dianjurkan dalam agama.


Buku ini mengupas secara tuntas, mengenai wakaf, hibah, dan wasiat, serta memperincikan isu-isu yang berkaitan dengannya. Buku ini menghidangkan kepada umat Islam tentang selok-belok wakaf, hibah, dan wasiat yang dihajati oleh mereka, disertai dengan contoh-contoh konkrit, sehingga mudah untuk para pembaca memahaminya. Selalunya penulis melakukan tarjih pada salah satu pendapat dalam isu-isu yang terdapat padanya perselisihan pendapat di kalangan ulama' berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.


Jika dibuat perbandingan dengan buku-buku lain yang sepertinya, buku ini memiliki mutu yang tidak perlu diragukan lagi sama ada dari segi keilmuan penulisnya, dan juga dari segi isi kandungan yang disajikan. 


Selamat membaca.

Customer comments

Author/Date Rating Comment