Bakul 0
IMG_4423.JPG

Theodore Boone: The Fugitive

RM 25.00

Theodore Boone adalah seorang remaja berumur 13 tahun. Ibu-bapanya adalah rakan kongsi di Tetuan Boone & Boone. Mereka tinggal di bandar Strattenburg.

Semasa lawatan sambil belajar ke Washington DC, secara tidak sengaja TheodorE terserempak dengan seorang penjenayah yang dikehendaki oleh FBI, Pete Duffy.

Theodore mengenali Pete Duffy kerana Pete Duffy adalah seorang suspek pembunuh dibandarnya yang telah melarikan diri dari jaminan.

Walaupun Pete Duffy telah menukar identiti dan mengubah perwatakannya, Theodore masih boleh mengenal Pete Duffy. Secara senyap-senyap Theodore mengambil rakaman video Pete Duffy dan memberitahu pakciknya, Ike bekas rakan kongsi Boone & Boone.

Ike membuat intipan dan mendapatkan maklumat yang lebih detail tentang lokasi persembunyian Pete Duffy. Mereka kemudiannya memberitahu ibu-bapa Theodore dan seterusnya kepada pihak FBI.

FBI meminta bantuan Theodore & Ike untuk menjejaki Pete Duffy. Untuk kali kedua, Theodore dapat mengecam Pete Duffy, dan akhirnya dapat membantu FBI menangkap Pete Duffy.

Duffy dihadapkan semula ke mahkamah. Walau bagaimanapun hanya seorang saksi yang betul-betul melihat kelakuan Duffy masuk dan keluar rumahnya semasa Duffy membunuh isterinya. Bobby Escobar, saksi utama kes ini adalah seorang pendatang asing berasal dari Elsalvador yang tiada dokumen yang sah tinggal di Strattenburg.

Bobby sangat takut untuk tampil membantu. Bobby takut sekiranya dirinya ditangkap selaku pendatang asing dan dia akan dikenakan tindakan undang-undang. Bobby panik dan melarikan diri, enggan menjadi saksi. Theodore memang mengenali Bobby dan mengharapkan keadilan akan ditegakkan.

Apakah tindakan Theodore? Adakah Bobby sanggup mengambil risiko. Bukankah Theodore juga berhadapan dengan risiko diburu oleh orang-orang bawahan Duffy kerana secara tidak langsung menjadi detektif dalam aksi kejar-mengejar Duffy, dan menjejaki Bobby.

Customer comments

Author/Date Rating Comment