Bakul 0

Tolak Hak (e-book)

RM 8.00


Buku ini menyorot tentang isu penolakan hak atau penarikan diri (takharuj) waris atau waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. 

Penolakan hak ini perlu dibuat secara teratur supaya hasrat waris yang menolak hak dapat ditunaikan. 

Dalam masa yang sama, supaya waris yang menerima hak mendapat hak mereka secara tepat. 

Buku ini dimulai dengan membincangkan definisi dan dalil tentang amalan takharuj. 

Kemudian buku ini mengulas tentang syarat-syarat dan tujuan penolakan hak itu dibuat. Perbincangan yang terperinci dibuat tentang situasi-situasi penolakan hak, dan kadar penolakan hak. 

Seterusnya buku ini menyajikan kaedah pengiraan faraid bagi penolakan hak dengan imbalan / imbuhan sama ada imbalan dari sebahagian harta pusaka itu sendiri atau imbalan dari harta milik ahli waris yang ingin menebus harta pusaka dari waris yang menolak hak. 

Pada akhir perbincangan, buku ini membincangkan contoh kesilapan yang biasa dilakukan dalam pengiraan faraid bagi kes penolakan hak. 

Buku ini juga membincangkan situasi penolakan hak yang boleh terbatal apabila berlakunya beberapa situasi. 

Buku ini sesuai untuk para pengamal undang-undang, ahli akademik, para pendakwah ilmu faraid, ejen-ejen perancangan pewarisan dan pengurusan harta pusaka, para pelajar, dan masyarakat awam.

Customer comments

Author/Date Rating Comment