Cart 0

Wanita & Faraid (e-buku)

RM 6.00


Buku kecil ini menyorot tentang hak-hak wanita dalam undang-undang pusaka Islam. Ia dimulai dengan sejarah ringkas pensyariatan faraid yang mengiktiraf hak-hak wanita tidak seperti zaman jahiliyyah sebelumnya.

 Kemudian penulis mengulas secara ringkas tentang isu gender wanita dalam perundangan pewarisan Islam dengan penjelasan tentang perbezaan antara wanita dengan khunsa, khunsa musykil, dan golongan pondan/mak nyah. 

Kebanyakan isi buku kecil ini menyenaraikan hak-hak waris wanita sebagai isteri, ibu, nenek, anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, dan saudara perempuan seibu. 

Penulis kemudiannya menerangkan situasi pewarisan wanita sebagai waris ‘asabah bil ghayr, ‘asabah ma’al ghayr serta kedudukan waris wanita sebagai waris zawil arham seperti cucu perempuan dari anak perempuan, dan kedudukan ibu saudara kepada si mati. 

Buku ini sememangnya sesuai untuk tatapan pembaca setiap lapisan masyarakat sama ada orang awam, pengamal undang-undang, dan juga para ahli akademik.

Customer comments

Author/Date Rating Comment