Pustaka Mizi menawarkan buku-buku berkualiti untuk anda, khususnya buku-buku yang berkaitan dengan faraid, perancangan pewarisan, seperti hibah, dan wasiat, pengurusan harta pusaka, dan seumpamanya.
Sila layari katalog untuk melihat kepelbagaian produk kami. Katalog bagi buku-buku tulisan Ahmad Termizi Abdullah boleh dimuat turun dengan klik pada gambar katalog di bawah:
Pembelian mudah secara dalam talian. Penghantaran terus ke tempat anda.
Kami menghantar barangan ke tempat anda dengan perkhidmatan pos laju dan anda boleh menyemak status penghantaran dengan klik pada logo Pos Laju di bawah, dan masukkan nombor traking yang kami email kepada anda.
Anda boleh bertanya terus kapada kami dengan pergi ke ruangan chat (We are here!) di sebelah kanan di bahagian bawah laman ini atau dengan klik pada gambar di bawah:
Pembayaran secara terus juga boleh dibuat dengan klik pada logo bayaran di bawah, atau scan QR code di bawah sekiranya anda terlepas atau gagal membuat bayaran selepas check-out.
Kami juga berada di Shopee dan Lazada. Sila klik pada logo di bawah untuk membeli-belah.
E-BUKU
Kepada sesiapa yang ingin membeli e-buku, anda mempunyai dua pilihan cara pembelian. Pilihan pertama ialah dengan membeli di laman web ini. Bagi pembelian di laman web ini, anda mempunyai pilihan pembayaran yang pelbagai, sama ada melalui fpx pindahan wang / kad debit / kad kredit melalui SenangPay, atau melalui pindahan wang secara manual, atau melalui akaun PayPal, atau melalui Maybank QRPay, atau melalui aplikasi Touch 'n Go e-wallet.
Setelah pengesahan pembelian dan bayaran, email dihantar kepada anda diberikan pautan untuk anda muat turun e-buku yang dibeli beserta kata laluan. Penghantaran melalui e-mail dibuat secara manual.
Pilihan yang kedua adalah melalui pautan: https://pustakamizi.e-junkie.com
Bagi yang memilih pautan ini, setelah pembelian dan pembayaran disahkan, anda akan terus menerima e-mail yang mengandungi pautan untuk anda muat turun e-buku beserta kata laluan. Cara yang kedua ini lebih cepat sebab e-mail dihantar secara otomatik oleh sistem e-junkie, bukan dihantar secara manual. Cuma, cara kedua ini hanya membenarkan pembayaran melalui akaun PayPal sahaja.
Kata laluan pada e-buku adalah untuk menjamin keaslian e-buku yang dibeli. Setiap pembelian akan menggunakan kata laluan yang berbeza kerana kata laluan dijana berdasarkan ID bagi setiap transaksi. Terdapat tempoh masa dan kekerapan untuk anda memuat turun e-buku untuk menjamin keaslian e-buku yang dibeli. Tempoh masa yang diberi ialah 120 jam selepas e-mail dihantar, dan kekerapan untuk muat turun hanyalah sebanyak tidak lebih dari 5 kali.
Walau bagaimanapun, bagi e-buku yang sudah dimuat turun, anda boleh menyalin fail tersebut tanpa had. E-buku berformat pdf boleh dicetak bagi kegunaan memudahkan pembacaan. Terdapat juga beberapa e-buku dibuat menggunakan format epub sebagai pilihan kepada pembaca.
E-buku berformat pdf boleh disalin bagi memudahkan pembaca menyalin semula isi-isi yang dianggap penting. E-buku berformat pdf asalnya boleh diakses melalui aplikasi acrobat reader. Walau bagaimanapun, untuk kualiti yang lebih baik, anda boleh pindahkan ke aplikasi 'iBooks' bagi pengguna iOS, atau aplikasi 'Kindle' bagi semua pengguna secara umum, atau mana-mana aplikasi yang sesuai.
Sebagai alternatif, pembaca juga boleh memuat turun e-buku di kedai e-Sentral
Selamat Membaca Dan Semoga Bermanfaat Untuk Semua.