Pusaka Kecil (Bercetak)
Buku ini menyorot tentang pengurusan harta pusaka yang dinamakan sebagai pusaka kecil.
Buku ini dimulai dengan menyatakan tentang bidang kuasa institusi-institusi yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka di negara kita, iaitu tentang perbezaan bidang kuasa Amanah Raya Berhad, Mahkamah Tinggi Sivil, dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil di pejabat tanah.
Kemudian penulis mengulas secara ringkas tentang kelebihan-kelebihan pusaka kecil.
Buku ini seterusnya menghuraikan proses pengurusan pusaka kecil dengan membuat perincian secara berasingan tentang persediaan sebelum perbicaraan, situasi semasa perbicaraan, dan apa berlaku selepas perbicaraan.
Penulis menerangkan pula tentang proses rayuan dan permohonan terkemudian (Borang P). Di akhir buku ini dimuatkan beberapa lampiran tentang contoh-contoh borang yang terlibat dan panduan mengisi borang-borang tersebut.