Waris Hilang (Bercetak)
Buku ini menyorot tentang isu orang / waris hilang. Ramai yang membiarkan harta pusaka sekeliling mereka terbiar kerana mereka buntu akibat adanya waris yang hilang.
Buku ini dimulai dengan membincangkan hukum-hakam orang hilang. Kemudian buku ini mengulas tentang permohonan anggapan kematian dan perbahasan ulama’ tentang tempoh masa orang hilang bagi mendapatkan perintah anggapan kematian.
Beberapa-beberapa pandangan ulama’ tentang kaedah pewarisan bagi waris hilang dibincangkan dalam buku ini, dan penulis membawakan rasional praktis di negara kita. Seterusnya buku ini menyajikan kaedah pengiraan faraid bagi waris hilang dengan cara membuat kebarangkalian situasi hidup, dan mati, dan kemudiannya melepaskan hak minima kepada waris-waris.
Pada akhir perbincangan, buku ini membincangkan isu orang hilang yang muncul kembali. Bagaimana dengan hartanya yang sudah diagihkan?