Bakul 0
Rahsia Urus Harta Pusaka.jpg

Rahsia Urus Harta Pusaka: A Hingga Z (e-book)

RM 22.00


Tujuan saya menulis ebook ini adalah untuk menerangkan kepada anda tentang cara pengurusan harta pusaka yang lengkap supaya anda dapat menguruskan harta pusaka waris-waris anda dengan lebih cepat, effisien, dan menjimatkan kos. 

Sesungguhnya hal-ehwal pusaka orang Islam di negara kita tidak boleh lari dari terlibat dalam kedua-dua bidang guaman kerana bidangkuasa yang berkait dengan hal ehwal pusaka orang Islam di Malaysia bercampur baur antara kedua-duanya. 

Insya-Allah, saya akan jelaskan secara terperinci dalam e-book ini juga dalam bab-bab seterusnya. 

Harapan saya agar pembaca yang membaca e-book ini akan mampu menguruskan pembahagian harta pusaka waris mereka sendiri secara effisien tanpa perlu mereka menghabiskan wang yang banyak membayar kepada pihak-pihak lain sedangkan anda mampu menguruskannya sendiri. 

Saya sedar bahawa bukan semua di kalangan kita mampu membayar upah peguam atau membayar yuran syarikat-syarikat amanah yang memberikan khidmat pengurusan harta pusaka. 

Walaupun upah dan/atau yuran bagi pengurusan harta pusaka boleh ditolak atau diambil dari harta pusaka itu sendiri, tetapi dalam kebanyakan kes, harta pusaka selalunya terbeku dan waris-waris perlu mengeluarkan pendahuluan perbelanjaan menggunakan wang poket sendiri. 

Jadi, sekiraya anda  mempunyai ilmu pengurusan harta pusaka, ini akan memudahkan dan menjimatkan kos yang menguntungkan anda dan waris-waris yang terlibat. 

Saya yakin anda mampu menguruskannya sendiri selepas membaca e-book ini atau sekurang-kurangnya hadiahkan e-book ini kepada waris anda supaya mereka boleh menguruskan harta pusaka peninggalan anda dengan sempurna.