Bakul 0
HIBAH AMANAH.jpg

Hibah Amanah (e-buku)

RM 19.00


Buku kecil ini menyorot tentang peruntukan undang-undang tentang hibah amanah, konsep pengamanahan dalam Islam, bentuk-bentuk pelaksanaan hibah amanah di negara kita baik hibah amanah hartanah, dan juga hibah amanah tunai. 

Buku ini juga menyentuh tentang peranan peguamcara dalam pelaksanaan hibah amanah hartanah. Produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat amanah bersasakan konsep pengamanahan secara wakalah (kuasa wakil) atau berkonsepkan pengamanahan secara wisoyah (wasiat pentadbiran) juga ada disentuh. Penulis juga secara berani memberikan pandangannya tentang amalan hibah amanah hartanah secara kuasa wakil yang terus antara pemberi dan penerima hibah yang pada pandangan penulis tidak menepati konsep hibah yang sebenar. Sedikit komen tentang amalan pengamanahan bagi golongan yang tidak terhalang (mahjur alaihi) dan amalan konsep ruqba juga disentuh oleh penulis supaya pembaca boleh memikirkannya sama ada ia sesuai atau tidak untuk diamalkan di negara kita. 

Buku ini sememangnya sesuai untuk tatapan pembaca setiap lapisan masyarakat sama ada orang awam, pengamal undang-undang, dan juga para ahli akademik.