Harta Pusaka Atau Bukan (e-buku)
Buku ini adalah perbincangan secara khusus tentang status sesuatu harta peninggalan, sama ada ia dalam kategori harta pusaka atau bukan. Buku ini membincangkan mengenai beberapa harta peninggalan atau harta yang diperolehi selepas kematian seseorang yang selalunya menjadi kekeliruan orang ramai. Antara yang disentuh oleh penulis adalah mengenai khairat kematian, derma kematian, barangan peribadi, akaun bersama, pokok / bangunan atas tanah pusaka, surat ikatan amanah, tanah TOL, lesen / permit senjata api, tanah pajakan lombong, timeshare, keahlian kelab golf, pencen terbitan, gantian cuti rehat, mata wang kripto, e-wallet, harta intelek, binatang ternakan, haiwan peliharaan, akaun permainan mobile legends, dan pampasan. Buku ini sesuai untuk semua bagi memberi panduan umum tentang sesuatu harta dan panduan pengagihannya.