Tolak Hak
Buku ini menyorot tentang isu penolakan hak atau penarikan diri (takharuj) waris atau waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. Penolakan hak ini perlu dibuat secara teratur supaya hasrat waris yang menolak hak dapat ditunaikan, dan supaya waris yang menerima hak mendapat hak mereka secara tepat.
Buku ini dimulai dengan membincangkan definisi dan dalil tentang amalan takharuj. Kemudian buku ini mengulas tentang syarat-syarat dan tujuan penolakan hak itu dibuat.
Perbincangan yang terperinci dibuat tentang situasi-situasi penolakan hak, dan kadar penolakan hak. Setiap situasi diterangkan secara jelas; dari seorang waris kepada ramai, atau dari ramai waris kepada seorang, penolakan semua hak, penolakan sebahagian hak, dan pelbagai contoh situasi yang terjadi.
Pada akhir perbincangan, buku ini membincangkan contoh kesilapan yang biasa dilakukan dalam pengiraan faraid bagi kes penolakan hak.
Buku ini juga membincangkan situasi penolakan hak yang boleh terbatal apabila berlakunya beberapa situasi.