Covid-19 & Sakit Di Ambang Maut (e-buku)
Buku kecil ini menyorot tentang isu marad al-maut dan kaitannya dengan wabak covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk negara kita.
Buku ini dimulai dengan perbincangan tentang kategori-kategor sakit supaya pembaca boleh membezakan antara sakit ringan, sakit berpanjangan dan sakit marad al-maut.
Kemudian penulis memberikan maklumat ringkas tentang pandemik covid-19 yang melanda dunia kini. Buku ini seterusnya menghuraikan definisi marad al-maut mengikut perbahasan ulama’.
Penulis menerangkan pula tentang definisi marad al-maut dari segi statut yang dikanunkan di negara kita.
Seterusnya buku kecil ini menghuraikan kesan marad al-maut itu terhadap urusan keduniaan pesakit sama ada kesannya dari segi fekah kekeluargaan dan kesannya dari segi transaksi harta.