Rancang Harta: Hibah, Wakaf, Wasiat (e-book)
Buku ini memberikan pengetahuan yang berguna tentang instrumen-instrumen perancangan harta dalam Islam iaitu tentang hibah, wakaf, dan wasiat. Ia menghuraikan aspek fekah dan aplikasinya dalam masyarakat di negara kita hari ini. Buku ini juga memberi input tentang isu-isu terkini tentang instrumen-instrumen yang dibincangkan supaya para pembaca dapat betul-betul memahami tentang perbezaan pendapat di kalangan ulama’ dan dapat menilai sendiri tentang pendapat manakah yang lebih sesuai bagi masyarakat di negara kita hari ini. Buku ini sememangnya sesuai untuk tatapan pembaca setiap lapisan masyarakat sama ada orang awam, pengamal undang-undang, dan juga para ahli akademik.
Buku ini juga boleh dibeli secara terus di pautan berikut: https://www.e-junkie.com/i/y65d?card