Hibah Mutlak
Buku ini membincangkan konsep hibah
dalam perspektif syariah dan undang-undang di
Malaysia. Buku ini merangkumi pelbagai aspek
penting seperti definisi, rukun dan syarat hibah
serta memperincikan isu-isu praktikal seperti
qabd (penguasaan harta), hibah tanpa pindah
milik, dan penarikan balik hibah. Buku ini turut
merungkai dokumentasi hibah mutlak yang perlu
difahami oleh masyarakat bagi mengelakkan
pertikaian pada masa hadapan.
Buku ini meneliti bidang kuasa
mahkamah dan cabaran pelaksanaan perintah,
dengan memberi penekakan kepada
pengiktirafan perintah mahkamah syariah oleh
institusi sivil. Menariknya, buku ini turut
memberikan sorotan terhadap Enakmen Hibah
Negeri Kelantan 2022 sebagai model rujukan
untuk memperkukuhkan amalan hibah di
Malaysia. Secara keseluruhan, Hibah Mutlak
ialah panduan lengkap untuk memahami dan
melaksanakan hibah secara sah, adil, dan
berlandaskan syarak. Buku ini sesuai untuk
masyarakat umum, dan peguam yang ingin
mendalami konsep hibah, sekali gus
mengelakkan pertikaian harta dan memastikan
keharmonian dalam pewarisan.